This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

Thank You

Tadi masa hantar kamu ke taska, Cik Minah sembang dengan ibu.

Cik Minah:
Isya ni rajin nak berbual. Macam-macam cerita dia nak cerita dengan Cik Minah. Tapi suara dia slow sangat. Cik Minah kena dekatkan telinga dengan dia sebab nak dengar cerita dia. Kalau Mira (cikgu ngaji kamu) ajar mengaji pun suara Isya slow, tapi dia tetap nak mengaji.

Ibu:
Hehe.. Ye ke.. Emm, dia menjerit tak kat sini?

Cik Minah:
Takde pulak. Baik sangat.

Ibu:
Ooo. Ye ke? Bukan apa, selalu kalau dengan sepupu-sepupu dia, kerja dia menjerit je. Ada je yang tak kena.


Cik Minah:
Alhamdulillah. Takde pulak. Isya ni kadang-kadang tengah makan, ada budak datang amik nasi dia, dia tak marah pun. Patutnya cakaplah " Cik Minah, dia amik nasi Isya". Takde pun. Kalau budak-budak tiba-tiba amik tilam dia pastu tidur, dia tak marah langsung. Baik sangat dia ni. Tak sama langsung dengan budak-budak yang lain. Dorang kalau kena macam tu, orang lain amik barang, memang dah kena tolak, kena marah. Tapi Isya ni, alhamdulillah, tak pun.

Masa ni ibu dah kembang lah kan. Sebabnya, perkara yang paling ibu takut untuk hantar kamu ke taska adalah takut kalau-kalau kamu bergaduh sebab itulah perkara yang kamu selalu buat dengan sepupu-sepupu kamu. Selalu. Sebab kamu selalu nak menang.

Ibu:
Hehe.. Mungkin baru lagi kot. Lagipun, Isyrah ni memang suka sangat dengan budak-budak. Dia sayang budak-budak. So, kalau dia sayang dia akan biar je apa yang orang buat kat dia.


Cik Minah:
Emm, ye lah, mungkin dia baru lagi. Belum biasa, tapi alhamdulillah lah dia baik sangat setakat ni.


Ibu senyum. Perbualan ditamatkan. Sebab ibu dah lambat nak pergi kerja. Alhamdulillah. Kamu behave sangat. Syukur. Harap-harap kamu behave sampai bila-bila.

Thanks sayang sebab U make me proud.
With Love; 
 IbuShe

0 comments:

Post a Comment

IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers