This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

KUCING

Sejak ibu kerja kat office baru, orang kat office ni asyik cerita pasal kucing. Pada mulanya, ibu ingatkan dorang cerita pasal anak masing-masing. Sebab dia punya jalan cerita tu macam kisah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu officemates bercerita perihal "anak" masing-masing. Punyalah terkebil-kebil ibu mendengar. Lalu ibu ditegur orang seorang rakan.

"Ja, dorang ni cerita pasal kucing tau. Bukan orang. Dorang ni kalau bercerita memang macam cerita anak, padahal anak kucing. Anak juga lak", kata kawan ibu.

Start dari tu lah ibu jadi seronok pasal kucing. Memang dulu masa ibu kecik rumah atuk ada banyak kucing, dicampur kucing Nenek Timah, rumah sebelah atuk. Selalu merayap ke rumah atuk. Since that, ibu jadi sayang dengan kucing. Masa kecik-kecik, ibu selalu main dengan kucing. Yang ibu ingat, ibu ada seekor kucing kaler putih, mata sebelah biru sebelah hitam, kaki pakai stokin hitam. Cantik sangat and ibu sayang sangat. Sebelum tu, memang ibu ada beberapa ekor yang lain. Tapi Cik Nina tak suka kucing. Ibaratnya kalau nampak kucing tu macam nak disepak terajanglah dibuatnya. Sampailah kucing putih ibu tu mati. Mati sebab apa ntah, ibu dah lupa. Sejak dari hari tu, ibu dah tak nak bela kucing lagi dah sebab sedih sangat.

Ok, berbalik kepada tujuan asal post ini dibuat. Asal balik kerja je mesti ibu akan ceritakan pasal kucing pada ayah. Ibu jadi seronok. Hampir setiap hari.

Satu hari kita balik kampung ayah. Adalah seekor kucing kaler coklat. Kecik lagi. Ayah bawa pergi mandi. Bagi susu, siap suap pakai syringe ubat kamu tu.

Ayah:
Nak bawak balik tak? Boleh bagi She kawan.

Ibu:
Entah, ikutlah. 
(ayat standard ibu ni kalau ayah tanya soalan, sampai kadang-kadang ayah marah sebab ibu tak pernah nak bagi kata putus. hehe. Malas serabut kepala sebenarnya.)


It's your first cat. Nama dia "Olet". Kucing kampung je. Mula-mula kamu takut-takut juga nak pegang apatah lagi nak main. Sebab kamu tak biasa. Lama-lama ok. Kucing ni from Pahang tau. Hehe.

Lepas tu, masa kita makan dekat Taman Pulai Indah dengan family Mamaya, Cik Kamal terjumpa kucing putih. Putih bersih. Apa lagi, Cik Kamal dan ayah pergi tangkap kucing tu terus bawak masuk kereta.

 Nama dia "Oteh". Memang cantik sangat sebab dia putih bersih.



"Olet" dan "Oteh" duduk serumah. Dorang ni bestfriends. Dulu dorang ni duduk rumah kita tapi ye lah, ayah kan selalu balik Pahang so ayah decided letak kat rumah atuk. Takdelah ibu kena berangkut tiap kali ayah balik Pahang. Sebab everytime ayah balik, kita anak beranak pun balik kampung, rumah atuk yang terletak hanya beberapa meter dari rumah kita. Hihi.
 
Pada suatu hari, kita berbarbeque di rumah atuk. So, ibu nak alihkan kereta. Sebelum tu ibu dah pesan dekat Abang Ayie suruh check bawah kereta, takut-takut ada kucing. Bila Abang Ayie kata ok, ibu reversed la.

"Ya Allah, tu.. tu.. Oteh"
Tiba-tiba nenek menjerit. Nenek nampak takut. Ibu terus pandang ayah.

"Ayie ni, kata dah ok", slow suara ibu.

Ibu turun, ayah betulkan kereta. Lepas tu terus amik "Oteh".

Ibu laju masuk dalam bilik. Terdiam. Tiba-tiba laju ibu nangis. Ibu jadi sebak sangat. Sebab ibu cuai, "Oteh" mati.

Tiba-tiba ayah masuk ajak makan. Ibu diam. Bila ayah datang dekat baru ayah perasan yang ibu nangis. Bilik memang gelap. Sebab tu tak perasan. Ayah pujuk. Lagi laju airmata ibu keluar. Kamu pulak masuk. Bila tahu ibu nangis, kamu pujuk ibu and nangis sama. Ibu peluk kamu kuat. Kuat sangat.

Malam tu, ibu tak makan pun. Selera mati.

Kesian "Oteh". Dia pun macam rasa kehilangan. Dia diam je untuk beberapa hari. Makan pun tak lalu.



Yang ni pulak kucing ketiga. Dia duduk kat rumah kita. Nama dia "Amel". Yang ni ayah beli. Kucing Parsi. Masa ayah beli ni, Amelina si penyanyi dangdut baru buat comeback, so oleh kerana "Amel" ni jantan, ibu nama kan dia dengan nama "Amel". Hehehe. "Amel" ada kawan baik. Nama dia "Oscar". Nanti ibu cerita.

Ni "Rex". Bulu dia kerinting, muka dia bengis. Tapi sedih je kalau tengok muka dia. Tak tahu kenapa. Nampak sedih. Nampak hodoh. Nenek yang cakap. Sebab tu la ibu malas nak up pic dia betul-betul. Hehe.. Tapi ibu sayang dia tau. Sebab dia kucing unik. Baka dia? Entah. Ibu tak mahir pasal kucing-kucing ni. Tapi dia ni nampak penakut. Mula-mula masa ayah beli, ibu panggil nama dia "Kenteng" sebab bulu dia kan kerinting. Tapi ayah tak bagi. Ayah suruh panggil "Rex".

Ini udang. Favourite kamu. Ayah yang mancing tau masa kita balik Pahang. Asal ibu tanya kamu nak makan apa, mesti kamu jawab udang. Mesti punya lah. Kalau kat kedai, "Isya nak nasi goreng ngan udang". Menu wajib. Haha. Tetiba out of topic. Ok next.....
 
Yang ni pulak nama dia "Kiki". Ibu lupa plak dia ni baka apa. Masa ayah baru beli dia ni, "Kiki" sangat garang. Dia tak biasa dengan kita. Ayah letak dalam cage. Yang ibu terperanjat, dia suka bergayut sebab marah. Mungkin minta dilepaskan. Oleh sebab dia macam monkey dok panmjat sana panjat sini, so ibu panggil nama dia "Kiki". "Kiki" ni paling susah bila suruh berak kat litter box dia sebab tuan dia dulu  bagitahu dia toilet trained. Ayah pernah kurung dia dalam cage yang hanya ada cat litter sahaja dalam tu. Dia punya geli sampai sanggup berdiri kat sisi box tu, tak nak jejak langsung pasir dalam tu. Punya lah tak nak. Tapi lama-lama, dia ok walaupun banyak kali ayah kena cuci and mandikan dia sebab dia berak merata.

Ha, nilah "Oscar". Teman rapat "Amel". Ni baka British Shorthair. Masa beli mula-mula, ayah bawak dia tidur dalam bilik kita. Punyalah sayang dengan "Oscar". Ibu panggil dia "Cleo" tapi sekali lagi ayah bangkang. Sebab ayah nak namakan dia "Oscar". So proceed sebab ayah kan yang beli dia. Hahah.

Ok, berbalik kepada kisah "Oscar" dan "Amel". Dua-dua ni merupakan kucing kesayangan kamu. Sebab dorang ni cute sangat. Manja. Satu hari masa nak pergi playgrond, kita bawa "Oscar" dan "Amel" sekali. Bila turun dari kereta, dorang ni nampak takut-takut. Ye lah, this is first time bawa keluar rumah. Sekali masuk playground, terkejutlah kot tengok dunia ni luas rupanya. Masa bawa ke tengah playground, "Oscar" dan "Amel" dilepaskan. "Oscar" nak lari tapi tak laju. Ibu sempat tangkap. Malangnya "Amel" berjaya meloloskan diri. Ayah kejar. "Amel" menyorok bawah kereta kita. Then bila dah dipastikan "Amel" selamat kat bawah tu, ayah datanglah balik main dengan "Oscar".

Tiba-tiba ibu nampak ada mat-mat bangla kat situ bising-bising. Manalah ibu paham kan. Of course. Tiba-tiba sorang daripada mereka berlari. Ibu tengokkan aje. Rupanya dia ambil "Amel" sebab "Amel" kena gigit dengan anjing. Bukan seekor tapi tiga ekor. Ya Allah! Kesian "Amel". Ayah terus bawa "Amel" balik rumah. Sementara tu, ibu teman kan kamu main dengan Kakak Iman dan Aman.

Bila dah nak maghrib, kita terus ke rumah atuk bersama "Oscar". Pung pang pung pang. Makan minum tengok tv tidur.

Masa untuk pulang ke rumah kita. Dari jauh kita nampak "Amel" tengah tidur. Tapi badan dia "sihat" semacam. Bila dekat, nampak darah. Ya Allah! Sekali lagi. Ibu terus dukung kamu masuk rumah tapi mata kamu tak berkelip tengok "Amel". Mamaya pun cepat-cepat bawa Kakak Iman dan Aman masuk.

She:
Ibu, kenapa Amel? Kenapa badan dia darah.

Ibu:
Takde apa lah, jom tukar pampers, berus gigi, cuci muka, cuci kaki.

Kamu menurut perintah. Malam itu kamu asyik panggil "Amel" je. Ibu hanya diam. Ayah pun.

Lebih kurang seminggu juga lah kamu muram. Mengenangkan "Amel". Hari-hari tanya mana "Amel".

Suatu hari semasa kamu dan ayah mengambil ibu di pejabat....

She:
Ibu, "Amel" mana? Ooo...ibu, Allah amik "Amel" la. Kesian dia, tapi Allah sayang dia. Sebab tu lah Allah amik dia.

Ibu senyum je. Ibu tahu. Ayah ajar tu. Dan hampir seminggu itulah kamu mengungkapkan ayat itu. Setiap hari.

AMEL DALAM KENANGAN
Sorry, ibu tak tahu amcam mana nak rotate :)

With Love; 
 IbuShe





0 comments:

Post a Comment

IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers