This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

D.O.G

Eh, semalam kan. Lepas ambil ibu balik dari kerja, kita singgah rumah. Ambil kasut ayah. Ayah nak main bola. Oh ye, lupa. Kamu tak sihat. Selsema + Batuk. Kahak banyak. So kamu meragam jugalah. 

Ha, masa on the way ke rumah atuk, kamu meragam. So untuk mententeramkan kamu, ibu tunjuk anjing. Kamu bingkas bangun, tapi dah terlepas. Kamu puas tanya.

She: Ibu, mana dog? Dog mana bu?

Ibu: Ala, dah lepas. Ayah bawa laju la. 

She: Ibu, mana dog? Dog mana bu?

Sampai di simpang, kebetulan seekor anjing sedang bermain sendirian di tepi jalan.

Ibu: Ha, tu dog.

She: Mana? Mana bu.

Ibu: Tu lah. Ha, nampak tak? Dog pakai rantai.

She: Oo. Dog pakai rantai. Ibu, Isya nak pakai rantai. Nak pakai rantai sama macam dog kan.

Sambil tangan memegang leher kamu minta dipakaikan rantai.

Ibu: Gulp. 

Pandang ayah. Sengih.

Ayah: Tak, lah. Pakai rantai sama macam ibu.

Ibu: Ha'a. Macam ibu.

Sambil menyelak tudung menunjukkan rantai ibu.

She: Tak nak. Isya nak pakai rantai sama macam dog.

Ibu: Macam mana nak jawab eh? Ok, ibu speechless.

Senyap. Disusuli derai tawa ibu ayah. Kamu tak faham.

Ok, takpe.



With Love; 
 IbuShe
0 comments

KENAPA IBU??

Dia: "T, she panggil ko ape?"
Ibu: "Ibu lah"
Dia: "Ee, tak kelass" sambil ketawa

Ok, sebelum tu, nak tau sape yang choii sangat cakap macam tu? Mak Esah aka Aunty Aisyah . Haha. Dia memang, ada je nak kenakan ibu. Pastu dia tanya kenapa bukan "MAMA" or at least "MUMMY".

Eh, sukahati la kan. Haha.

Actually, ibu memang suka dengar sesiapa yang panggil ibu dia "IBU". Sedap je kedengaran. Nampak lembutnya seorang ibu yang dipanggil "IBU". Hehe! Dulu ibu berangan nak panggil nenek kamu ibu. Tapi ye la, dah dari kecik panggil "MAK", tak ke nampak kepelikan tetibe nak panggil "IBU" plak kan. Ada yang kena "PANG" nanti. Hahaha.

Ibu suka kucing. Sebelum kena resdung. Banyak kucing kat rumah atuk. Tu tak termasuk kucing jiran tetangga yang sama-sama mengunjung tuk berkenalan untuk dibuat jodoh. Haha. Dulu masa kecik2, ibu selalu main dengan kucing. Siap biasakan diri ibu lagi. Gila! Kecik dah berangan nak jadi mak2 kan. Huhu. Tapi ibu akan main sorang2. Motif? Malu kalau orang dengar. Gila gamaknye ko ni T.

Sampai dah ke besar, ibu berangan nak anak2 ibu panggil "IBU". Bila ayah tanya nak suruh anak panggil apa, of course la "IBU" kan. Hehe. Dan2 boleh pulak ayah tanya, "Habis, abang?". Nak jugak kan. Kalau dah "IBU", couple dia mestilah "AYAH" kan.

Masa mula2 kamu lahir, rasa janggallah juga nak bahasakan diri "IBU" bila bercakap dengan kamu. Sampaikan ibu pernah tersasul bahasakan "CIK ITI" dengan kamu. Ye lah, sebelum kamu, ibu ada 9 orang anak buah yang ibu bahasakan diri "CIK ITI". Hehe.

Ok, setakat ini sahaja pelajaran sejarah kita mengenai "IBU" pada hari ini. Kesimpulannya, "IBU" ke "MAMA" ke "MUMMY" ke "MAK" ke etc ke, semua tu panggilan je. Yang penting "HATI".

Eh, "HATI" ibu untuk awak tau she, tapi share dengan ayahlah. Hehe. Luv U both!

Till then. Daaaaa...

With Love; 
 IbuShe
p.s: ok, ibu hutang cerita Langkawi kan. Nanti eh, sebab malas nak update. Tak bawak external hardisk. Haish, pic kan banyak dalam tuh!
0 comments
IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers