This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

Bored

If i'm bored but still want to use my time wisely.. Here...




With Love; 
IbuShe
0 comments

Itu Kamu

Ibu ada cakap kan. Ibu suka sangat seni. Especially seni lukis. Ibu suka. Tapi ibu tahu, ibu tak mahir melukis. Tak pandai. Conteng-conteng, color-color, main pensel, tekan sana, tekan sini, padam sana, padam sini. Ibu tak mahir. Tapi ibu sangat minat. 

Tu, kat bawah, ibu lukis tau. Konon-konon "Itu Kamu"..

Heh, biasa aje. Tapi ibu suka. 

Ok, dah. I luv you my sweethoney.




With Love;
IbuShe
0 comments

July 2013 Blog Giveaway by LHGC

Jom joinn!!!!! Boleh cuba nasib. Memandangkan blog ni baru, so tak salah ibu try kan sayang. Ibu pinjam blog kamu kejap ye nak. Hehe..


Sebelum tu, let me story about kakak ni. Ibu She minat sangat kat kakak ni. Super creative!!! Ibu memang suka deco-deco card macam ni. Selalunya ibu bagi pada ayah la masa his birthday, anniversary, hari raya atau bila ibu boring and banyak sangat masa. Kamu pun ada satu. Ibu buat masa birthday kamu yang pertama. Yang tu ibu akan bagi bila kamu dah pandai membaca ye. Hih! Tapi ibu buat biasa-biasa aje. Tak sampai lagi tahap super macam kakak ni. Mana tahu, bila ibu selalu follow blog kakak ni ibu boleh belajar banyak kan. Boleh buat card banyak-banyak untuk kamu dan ayah. Eceh.

Ok, stop membebel.

Untuk keterangan lanjut boleh link blog Kak Lin ni ye...


With Love;
IbuShe
0 comments

Ummi Anum dan Kamu

Assalamualaikum...

She,
Dia si penjaga,
Dia si pengasuh,
Dia si pembelai,
Dia si pendidik,

Dia menjaga kamu dengan sabar,
Dia mengasuh kamu penuh hati,
Dia membelai kamu tiap waktu,
Dia mendidik kamu tanpa jemu,

Duhai anak,
Dia pengganti ibu tatkala ke kerja,
Dia pengganti ibu tatkala menuntut ilmu,
Hormatinya tiap masa,
Hargainya seperti ibu,

Sayang ibu,
Jangan pernah kamu lupakannya,
Jangan pernah kamu abaikannya,
Jangan pernah kamu lukainya,
Jangan pernah kamu hindarinya.

Semoga kamu membesar ceria,
Semoga kamu membesar bahagia.

Sayangi orang yang telah menyayangi kamu,
Kerana kita keluarga satu.

With Love;
IbuShe


0 comments

She dan Susu

Assalamualaikum anak ibu..

Hari ini ibu nak story sikit pasal kamu dan susu. Sebagai anak sulung dalam keluarga, masa mula-mula kamu lahir, tentulah kamu breastfeeding, bf kan. Tu pun masa kat hospital. Dah kakak nurse suruh bagi ibu bagi lah. Tak tahu pun masa tu ada susu ke tak. Bila pulang ke rumah nenek, kamu tidur. Tapi bila kamu bangun, kamu nangis. Nenek cakap, kamu lapar. Sekali lagi ibu bagi susu, kamu still nangis. Nenek cakap ibu belum ada susu lagi. Sampai ke malam. Kamu nangis. Nenek kesian, nenek beri kamu minum air kosong. Ibu jangan cakap lah, sedih sangat. Emm, ibu mengaku, masa awal kelahiran kamu, memang nenek yang menjaga kamu, beri susu dan tidurkan kamu. Ibu? Ibu tak tahu nak. Ibu tertidur. Mungkin keletihan seharian tak tidur menunggu di LB di saat kamu ingin melihat dunia.

Ayah ajak CikMamat beli susu. Semua tempat dorang pergi cari. Nasib baik ada satu kedai 24 jam kat Kangkar Pulai. Ayah pun tak tahu nak beli susu apa. Tanya kat tuan kedai, dia suggest Susu Anmum.

credit to google image
Ibu tahu pun bila ibu bangun pagi tu. Ibu tak sedar langsung. Ayah dan nenek yang jaga kamu sampai kamu lena. Lepas beberapa hari kamu dah boleh bf  dengan ibu. Kamu berselang seli dengan susu anmum sebab masa kamu dua minggu, ibu dah start pergi class. Walau pun nenek bimbang, takut kenapa-napa dengan ibu tapi ibu nekad juga. Supaya ibu cepat habis belajar. Boleh luangkan masa untuk kamu dan keluarga kita nak. Bila ibu cuti semester, kamu terus fully bf. Sampai lah kamu dah lepas hari, ibu try beri susu ni. Kamu tahu? Kamu tak nak. Oh my God! Ibu kena practice bagi kamu sebab ibu dah nak masuk kerja sebulan lagi. Sepanjang itulah ibu cuba beri tapi kamu tetap menolak.

Pelbagai jenis puting ibu dah beli, sebab pada ibu kamu mesti nakkan puting yang sesuai dengan kamu kan. Tetap tak jalan. 

Akhirnya, tibalah masa kamu dihantar buat kali pertama di rumah pengasuh, Ummi Anum. Ayah nekad, belikan kamu susu Dutch Lady.


credit to google image
Mula-mula Ummi Anum cakap kamu minum sikit je dan banyak tidur. Hari kedua, pun sama selama seminggu. Ummi Anum cakap kamu banyak nangis. So, nenek cadang untuk beri kamu nestum. Supaya kamu kenyang. Mulanya Ummi takut, tapi nenek yakinkan Ummi untuk bagi. Alhamdulillah. Kamu kenyang dan tak meragam. Susu pun kamu boleh minum. Ibu lega.

Ibu ada plan untuk beri kamu susu Karihome, susu kambing bila kamu berusia setahun. So, untuk mengelakkan pembaziran, ibu minta sample through online. Bila dah sampai, ibu excited nak bagi kamu, tapi sayangnya kamu tak mahu. Sikit pun tak. Sikit pun tak mahu. Emm, tak tercapailah hajat ibu untuk memberikan anak ibu minum susu kambing. Ibu tahu. Banyak khasiat, sebab tu ibu nak sangat awak minum. Ibu memang tak boleh nak telan. Pernah cuba tapi gagal menerobos ke tekak.

Semasa kamu setahun, kamu batuk-batuk tak berhenti. Lebih kurang sebulan lebih. Doctor suggest supaya susu kamu ditukar kepada susu yang tiada laktosa sebab paru-paru kamu ada lendir. Bila berbincang dengan ayah, ayah pun beli susu lain. Ibu tak ingat brand apa. Ibu bagi pada Ummi. 

Bila petang ambil kamu dari kerja, ibu tanya dengan Ummi. Kamu langsung tak nak susu tu. Emm, ye la, kamu dah lama kot minum susu Dutch Lady, tiba-tiba kena tukar. Susah sikit lah kan. Ibu pun tukar balik susu asal kamu.

Baru-baru ni, ibu ada apply sample susu Sustagen through online. Seminggu lepas tu baru dapat. First trial, kamu minum nak. First time kamu minum susu botol bila bersama ibu. Oh, ye. Untuk pengetahuan kamu, kamu tidak pernah langsung minum susu botol bila bersama ibu sejak ibu masuk kerja. Ibu pun tak tahu, memang kamu tak nak langsung. Tu yang bila ibu buat, sia-sia je. Mesti buang sebab kamu tak minum.

Ok, back to the story, ayah pun beli Susu Sustagen.
credit to google image
Kamu minum dengan lazatnya. Sedap sebab ibu akan rasa dulu apa-apa susu sebelum diberi pada kamu. Sehingga kini. Tiada apa-apa simptom yang menandakan kamu tiada keserasian dengan susu ini. So, ibu akan teruskan.

Sustagen dan Ibu untuk anak berkhasiat seratus peratussssss!!!



With Love;
IbuShe
0 comments

Doa Kebahagiaan Keluarga


Ya Tuhan kami! Berilah kami, isteri kami, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang bertaqwa.
Amin 


Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau jadikanlah kami keluarga yang bahagia. Kau jadikanlah kami keluarga yang bersatu hati. Kau jadikanlah kami keluarga yang aman damai. Kau jadikanlah kami keluarga yang saling sayang menyayangi. Sesungguhnya hanya pada-Mu la kami mengemis permintaan Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Amin

 
With Love;
IbuShe
0 comments

When You're Not Feeling Well


Masa kamu 5 bulan, kamu demam. Mula-mula badan kamu macam hangat sikit. Ibu tak pasti, first time. Ibu tak tahu. Ayah terkedu. Hari ketiga badan kamu panas sangat. MamaYa dengar tangisan kamu. MamaYa bagi pakai cool fever for children. Tak pakai yang baby. Takde. Ayah gunting dua bahagian. Muat-muat dahi kamu. Sejuk. MamaYa pesan lap muka kamu dengan towel basah dulu, so kamu tak terkejut tatkala cool fever menyinggah dahi kamu. 

Kamu nangis. Ibu sedih. Ibu pujuk. Kamu tertidur. Tak lena. Hidung tersumbat. Kamu nangis lagi. Ibu tanggal baju kamu, ibu balut dengan towel basah. Tak lama lepas tu, kamu diam. Lena sampai ke pagi. Itulah first time ibu tengok kamu nangis tak selesa. Ibu takut sangat masa tu. Esok pagi ibu ayah bawa pergi check up. Dapat ubat, kamu diam. Alhamdulillah, kamu mudah makan ubat. Tak meragam pun. Syukur. 2-3 hari lepas tu kamu ceria semula. Ketawa riang. Gembira ibu ayah. 



Masa kamu 11+ lebih pulak, kamu terkena chicken pox. Ya Allah, Tuhan je la tahu perasaan ibu ayah masa tu. Kamu kecil sayang. Ibu tak sanggup tengok kamu macam tu. Lama, seminggu lebih. Dalam masa tu juga, ibu ambil emergency leave untuk jaga kamu. Ibu bawa pergi klinik seperti biasa. Kali ni kamu taknak makan ubat. Ibu tahu. Kamu tak keruan. Tak selesa + sakit. Ibu tahu nak. Nenek pesan bagi kamu tidur atas daun pisang. Tu ha hasilnya, ayah balut kamu. Tapi masa ni kamu dah ceria sikit. Da boleh main-main.

Ibu lega, selain dari demam yang teruk macam kat atas, kalau kamu demam pun setakat sikit2 je. Kamu kerap juga ke klinik sebelum kamu genap setahun. Sekarang kamu dah setahun 4 bulan dan kamu dah jarang ke klinik. Kamu kuat kan. Ibu doa kamu sihat nak. Amin.

With Love;
IbuShe
0 comments

Your 'Things' by Ayah

Assalamualaikum anak ibu.

Hari ni ibu cerita pula pasal barang-barang kamu. Yang ni semua dibelikan oleh ayah kamu.


baby bed
Ni paling ayah suka tau. Ayah beli masa kamu dalam hari lagi. Ibu minta ayah belikan baby bouncer macam gambar bawah ni,


credit to google image
tapi tiba2 ayah terkenan dengan yang ini. Comel. Ada kelambu, dalam tu ada katil kecil tergantung, boleh goyang-goyangkan kamu then tidur.

Status: Konon, bila kamu besar, katil kecil tu bawa keluar then letak tilam dalam katil besar. Tapi tak kesampaian. Selain dari kamu masih menyusu dengan ibu, katil kamu tu terlalu besar untuk dimasukkan dalam bilik tidur ayah ibu yang kecil. Sebelum ni katil ni digunakan di rumah nenek. So, agak luas. Sekarang katil ni duduk di bahagian dapur dipenuhi oleh baju dan barang-barang yang ibu sendiri tak tahu barang siapa. Heh!

stroller
Yang ni pun beli dekat Pekan, Pahang. Kedai tepi jalan. Ayah beli stroller ni sebab nak bawak kita pergi Langkawi. Weee... best tau. Ayah buat surprise. Masa tu, kamu baru lepas hari. Dalam 2+ bulan kalau ibu tak silap nak.

Status: Ada kat rumah atuk tu ha. Da berabuk. Plastik pun tak abis buka lagi sebab ayah suka pakai stroller anak MamaYa. Ringan dan senang dibawa.


baby car seat
Yang ni ayah beli sorang-sorang. Semangat ayah nak tengok kamu duduk sendiri dalam kereta. And you know what, boleh dikira dengan jari berapa kali je kamu duduk kat situ. Sebab, ibu tak tahan tak peluk kamu. Walaupun kita jalan jauh, ibu setia memangku kamu nak. Hih.

Status: Simpan dalam plastik, elok dalam rumah.


walker
Ayah belikan walker ni dekat Pekan, Pahang masa kita balik kampung ayah. Kedai tepi jalan je. Memang nipis, sesuailah dengan kamu yang kecil molek kan. Color haruslah biru sesuai dengan jiwa ibu. Eh, tetiba plak. Hih!

Status: tayar pecah sebab abang2 dan kakak sepupu kamu tumpang sekaki. Bukan seorang, tapi ramai duduk naik atas tu. Ibu tak mampu berkata apa. Mampu senyum je. 


baby bouncy castle
Ha, yang ni ayah beli sempena ulang tahun kelahiran kamu yang pertama. Eh, walaupun ayah beli, ni idea ibu tau, sumber inspirasi daripada Juna, anak sayang FynnJamal. Nanti kamu google je la aunty ni. Ibu suka, walaupun tak sama and kecil sedikit, tapi ok la ni kan. Motif ayah. Untuk muat kamu seorang, tanpa gangguan sesiapa. Eh, tapi ibu dapat masuk bermain bersama kamu tau. Walaupun, no space bila ibu masuk, ibu bangga dapat tumpang sekaki. Ye lah, dulu kecik2 mana ada atuk nenek nak beli benda alah ni kan. Kamu beruntung sayang.

Status: Benda ni besar sampai muat hall rumah nenek. Sedikit mengganggu dan menjadi tumpuan sepupu kamu yang lain. Jadi ayah buang anginnya and simpan di bilik Cik Nina.

ABC foam mats
Yang ni pun dibelikan sekali dengan bouncy castle. Ibu memang niat nak beli benda ni, maklumlah excited ada anak. Heh!

Status: Ayah ajar kamu keluarkan huruf dari mat tu. So kamu pandai dan bawak ke sana ke mari. Entah merata. Puas ibu kutip. Ada 2-3 huruf tak jumpa. Last, ayah suruh simpan juga sebab menjadi rebutan kamu dan sepupu yang akhirnya mesti kamu menangis sebab kamu paling kecil.

musical keyboard

Ni ayah beli kat pasar malam Taman Teratai. Ada bunyi binatang-binatang, ada lagu-lagu. Ibu pun suka main. Haha.

Status: Ada simpan dalam bakul mainan kamu kat rumah kita. Kadang-kadang je kamu main sebab kamu pening terlalu banyak mainan yang ada.

toy car
Ni paling latest. Ayah beli masa on the way balik dari Pekan. Doraemonnnnnnn. An..An..An...

Status: Still digunakan. Tapi sekali sekala. Teletak di rumah atuk. Seperti biasa, menjadi rebutan sepupu bersama.

Kamu perasan tak, hampir semua barang kamu blue color. Sebab apa? Ha, sebab ini my favourite color. Kalau kamu nak tahu, apa sahaja barang yang ayah nak beli, mesti color biru sebab itu color ibu. So, ibu nak anak ibu pun minat color ni macam ibu! Hih!

Sebenarnya banyak sangat dah mainan yang ayah kamu belikan. Sebab ayah memang suka belikan kamu ole-ole bila pulang dari Pekan. Ayah cakap, atuk kamu memang dah biasa buat begitu masa dia keluar bekerja. Ayah dan adik-adik dia akan tunggu kat depan pintu. Tengok apa atuk kamu belikan. Jadi, dia nak ikut apa yang ditunjukkan oleh atuk kamu masa kecil. Emm! Ibu tak kisah asal tak bersepah la kan. Haha.

Ok, la..ini dari ayah kamu. Ibu? Ada beli tapi ibu beli lebih kepada pakaian, barang tidur kamu, mainan yang kecik2, aksesori dan... alah.. yang kecik2 la. Ayah je belikan besar2 untuk kamu. Heh.


With Love;
IbuShe
0 comments

What is Your Name?

Hari ni ibu nak bagi tahu macam mana tercetusnya nama kamu tu. Ibu survey sendiri memandangkan ayah busy ke sana ke mari mencari rezeki. Eh. Lupa. Ibu mencari bersama aunty Diana, officemate ibu. Saja. Mengisi masa lapang. 

Ibu cari nama lelaki tau sebab ayah beria sangat cakap anak lelaki. Ibu akur walaupun dalam hati "Eleh, sape ibu sekarang ni kan.. Confirm girl", desis hati ibu. Hehe. Ada satu nama tu ibu suka sangat. Sedap. Maksud indah. Ibu bilang ke ayah. Ayah suka. Kerap memanggil kamu dengan nama itu. Itu nama boy. Agaknya, sebab itu iras wajah kamu lebih kepada wajah ayah. Sebab ayah panggil nama itu setiap kali berbicara dengan kamu. Orang cakap kamu boy tau. Tapi bila ibu renung dalam2, eh! mana ada. Girl kan. Hihi. Ibu jeles tau sebab setiap kali orang ramai bersua dengan kamu, mesti mereka bilang persis ayahnya. Ibu jeles. Tapi tetap sayang. 

Ok, nak tahu nama apa? Eh, rahsia. Ibu simpan ye nama tu. Mana tahu ada rezeki, boleh bagi pada adik lelaki kamu. Hih! Ok, ibu survey juga nama girl. Ada satu nama ni sedap sangat ibu rasa. Aunty Diana pun cakap benda yang sama. Nama tu pun iras sangat dengan nama boy yang ibu suka.
Memang beza satu huruf belakang tu je. Ha, teka la. Hihi. Ibu suka sangat. Nama ni rare. Memang pendek. Itu permintaan ayah. Biar kamu tak terbelit-belit nak sebut. Biar bakal menantu ibu pun tak terkial-kial tatkala melafaz ijab qabul. Ayah ibu fikir panjang.

Maksud mendalam. Kamu perlu bersahabat dengan semua orang tak mengira usia, darjat, pangkat, kekayaan. Itu semua dunia. Jangan sombong, angkuh dengan apa yang kamu miliki sekarang dan akan datang. Ibu harap kamu sentiasa disenangi oleh semua orang. Peramah, pemurah, penyabar, malu tapi tegas, dan yang baik-baik lah. Insyaallah nak. Amin. Doa ayah ibu sentiasa mengiringi kamu sayang.

With Love;
IbuShe

0 comments

Auuu Chaaakkkk!!!



Assalamualaikum..

Hai anak ibu.
Ini untuk kamu.
Agar setiap yang berlaku ada kenangannya.
Untuk kamu.
Untuk ibu.
Untuk ayah.
Untuk semua.


Eh. Lupa. Ini kamu She. Lahir 5 March 2012. Kamu tahu perasaan ibu ayah?
Teruja. Subhanallah. Syukur. Alhamdulillah. Kamu sihat. Kamu indah sayang. We love you!!!




With Love;
IbuShe


0 comments
IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers