This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

She dan Susu

Assalamualaikum anak ibu..

Hari ini ibu nak story sikit pasal kamu dan susu. Sebagai anak sulung dalam keluarga, masa mula-mula kamu lahir, tentulah kamu breastfeeding, bf kan. Tu pun masa kat hospital. Dah kakak nurse suruh bagi ibu bagi lah. Tak tahu pun masa tu ada susu ke tak. Bila pulang ke rumah nenek, kamu tidur. Tapi bila kamu bangun, kamu nangis. Nenek cakap, kamu lapar. Sekali lagi ibu bagi susu, kamu still nangis. Nenek cakap ibu belum ada susu lagi. Sampai ke malam. Kamu nangis. Nenek kesian, nenek beri kamu minum air kosong. Ibu jangan cakap lah, sedih sangat. Emm, ibu mengaku, masa awal kelahiran kamu, memang nenek yang menjaga kamu, beri susu dan tidurkan kamu. Ibu? Ibu tak tahu nak. Ibu tertidur. Mungkin keletihan seharian tak tidur menunggu di LB di saat kamu ingin melihat dunia.

Ayah ajak CikMamat beli susu. Semua tempat dorang pergi cari. Nasib baik ada satu kedai 24 jam kat Kangkar Pulai. Ayah pun tak tahu nak beli susu apa. Tanya kat tuan kedai, dia suggest Susu Anmum.

credit to google image
Ibu tahu pun bila ibu bangun pagi tu. Ibu tak sedar langsung. Ayah dan nenek yang jaga kamu sampai kamu lena. Lepas beberapa hari kamu dah boleh bf  dengan ibu. Kamu berselang seli dengan susu anmum sebab masa kamu dua minggu, ibu dah start pergi class. Walau pun nenek bimbang, takut kenapa-napa dengan ibu tapi ibu nekad juga. Supaya ibu cepat habis belajar. Boleh luangkan masa untuk kamu dan keluarga kita nak. Bila ibu cuti semester, kamu terus fully bf. Sampai lah kamu dah lepas hari, ibu try beri susu ni. Kamu tahu? Kamu tak nak. Oh my God! Ibu kena practice bagi kamu sebab ibu dah nak masuk kerja sebulan lagi. Sepanjang itulah ibu cuba beri tapi kamu tetap menolak.

Pelbagai jenis puting ibu dah beli, sebab pada ibu kamu mesti nakkan puting yang sesuai dengan kamu kan. Tetap tak jalan. 

Akhirnya, tibalah masa kamu dihantar buat kali pertama di rumah pengasuh, Ummi Anum. Ayah nekad, belikan kamu susu Dutch Lady.


credit to google image
Mula-mula Ummi Anum cakap kamu minum sikit je dan banyak tidur. Hari kedua, pun sama selama seminggu. Ummi Anum cakap kamu banyak nangis. So, nenek cadang untuk beri kamu nestum. Supaya kamu kenyang. Mulanya Ummi takut, tapi nenek yakinkan Ummi untuk bagi. Alhamdulillah. Kamu kenyang dan tak meragam. Susu pun kamu boleh minum. Ibu lega.

Ibu ada plan untuk beri kamu susu Karihome, susu kambing bila kamu berusia setahun. So, untuk mengelakkan pembaziran, ibu minta sample through online. Bila dah sampai, ibu excited nak bagi kamu, tapi sayangnya kamu tak mahu. Sikit pun tak. Sikit pun tak mahu. Emm, tak tercapailah hajat ibu untuk memberikan anak ibu minum susu kambing. Ibu tahu. Banyak khasiat, sebab tu ibu nak sangat awak minum. Ibu memang tak boleh nak telan. Pernah cuba tapi gagal menerobos ke tekak.

Semasa kamu setahun, kamu batuk-batuk tak berhenti. Lebih kurang sebulan lebih. Doctor suggest supaya susu kamu ditukar kepada susu yang tiada laktosa sebab paru-paru kamu ada lendir. Bila berbincang dengan ayah, ayah pun beli susu lain. Ibu tak ingat brand apa. Ibu bagi pada Ummi. 

Bila petang ambil kamu dari kerja, ibu tanya dengan Ummi. Kamu langsung tak nak susu tu. Emm, ye la, kamu dah lama kot minum susu Dutch Lady, tiba-tiba kena tukar. Susah sikit lah kan. Ibu pun tukar balik susu asal kamu.

Baru-baru ni, ibu ada apply sample susu Sustagen through online. Seminggu lepas tu baru dapat. First trial, kamu minum nak. First time kamu minum susu botol bila bersama ibu. Oh, ye. Untuk pengetahuan kamu, kamu tidak pernah langsung minum susu botol bila bersama ibu sejak ibu masuk kerja. Ibu pun tak tahu, memang kamu tak nak langsung. Tu yang bila ibu buat, sia-sia je. Mesti buang sebab kamu tak minum.

Ok, back to the story, ayah pun beli Susu Sustagen.
credit to google image
Kamu minum dengan lazatnya. Sedap sebab ibu akan rasa dulu apa-apa susu sebelum diberi pada kamu. Sehingga kini. Tiada apa-apa simptom yang menandakan kamu tiada keserasian dengan susu ini. So, ibu akan teruskan.

Sustagen dan Ibu untuk anak berkhasiat seratus peratussssss!!!



With Love;
IbuShe

0 comments:

Post a Comment

IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers