This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

When You're Not Feeling Well


Masa kamu 5 bulan, kamu demam. Mula-mula badan kamu macam hangat sikit. Ibu tak pasti, first time. Ibu tak tahu. Ayah terkedu. Hari ketiga badan kamu panas sangat. MamaYa dengar tangisan kamu. MamaYa bagi pakai cool fever for children. Tak pakai yang baby. Takde. Ayah gunting dua bahagian. Muat-muat dahi kamu. Sejuk. MamaYa pesan lap muka kamu dengan towel basah dulu, so kamu tak terkejut tatkala cool fever menyinggah dahi kamu. 

Kamu nangis. Ibu sedih. Ibu pujuk. Kamu tertidur. Tak lena. Hidung tersumbat. Kamu nangis lagi. Ibu tanggal baju kamu, ibu balut dengan towel basah. Tak lama lepas tu, kamu diam. Lena sampai ke pagi. Itulah first time ibu tengok kamu nangis tak selesa. Ibu takut sangat masa tu. Esok pagi ibu ayah bawa pergi check up. Dapat ubat, kamu diam. Alhamdulillah, kamu mudah makan ubat. Tak meragam pun. Syukur. 2-3 hari lepas tu kamu ceria semula. Ketawa riang. Gembira ibu ayah. 



Masa kamu 11+ lebih pulak, kamu terkena chicken pox. Ya Allah, Tuhan je la tahu perasaan ibu ayah masa tu. Kamu kecil sayang. Ibu tak sanggup tengok kamu macam tu. Lama, seminggu lebih. Dalam masa tu juga, ibu ambil emergency leave untuk jaga kamu. Ibu bawa pergi klinik seperti biasa. Kali ni kamu taknak makan ubat. Ibu tahu. Kamu tak keruan. Tak selesa + sakit. Ibu tahu nak. Nenek pesan bagi kamu tidur atas daun pisang. Tu ha hasilnya, ayah balut kamu. Tapi masa ni kamu dah ceria sikit. Da boleh main-main.

Ibu lega, selain dari demam yang teruk macam kat atas, kalau kamu demam pun setakat sikit2 je. Kamu kerap juga ke klinik sebelum kamu genap setahun. Sekarang kamu dah setahun 4 bulan dan kamu dah jarang ke klinik. Kamu kuat kan. Ibu doa kamu sihat nak. Amin.

With Love;
IbuShe

0 comments:

Post a Comment

IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers