This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

Raya Bertiga


Assalamualaikum anak ibu sayang.

Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua kita beraya bertiga. Actually, tema kita tahun ni hijau. Masa ni dah masuk raya ke11. Baju ibu dan ayah tahun lepas punya. Baju kamu je nenek (mak ayah) belikan. So, sedondon la kita. Tahun lepas, baju kurung kamu ala-ala color tudung ibu tu ha. Tapi masih ada color biru di situ.


Yang ni masa kita beraya di Singapore. Kamu as usual, akan cari atuk kamu berbanding ibu. Bila da lapar, baru lah kamu cari ibu. Takpe. Ibu paham sebab semua sepupu-sepupu kamu pun akan cari atuk berbanding parents masing-masing. Sebab? Atuk sangat penyayang. Sangat sayang kamu dan kita sekeluarga. Kamu janji tau. Kamu perlu terus menyayangi atuk sampai bila-bila. Faham nak?



Like I said, kamu sentiasa bersama atuk. Eh, muka nenek masuk separuh je in this photo. Ucu la nih, tak bertauliah take a photo. Huhu...


Ha, kamu nampak kasut kamu. Persis color selipar ibu. Oh ya, memandangkan ibu bawa anak kecil, ibu lebih selesa mengenakan selipar biru kuning sepuluh ringgit ni. Eh, jangan tak tahu. Kasut kamu tu sama harga ngan selipar ibu tau. Punyalah mahal kasut kamu tu kalau nak dibandingkan dengan ibu punya selipar. Haha.. Ayah suka sangat kasut ni, sia-sia ibu belikan kamu kasut raya sebab kasut ni juga dipandangkannya. Ibu pun rasa sia-sia bawak heels bagai, sebab lastly, selipar buruk ibu juga ibu pakai. Sebab. Selesa. Heheh..

 

Ibu review sikit baju raya kamu tahun ni. Actually, gambar kita satu family ada pada ayah. Ibu tak sempat nak copy nak. Baju ni ala-ala jubah memandangkan ibu pun pakai jubah. So, nak sedondon, kebetulan masa jalan kat Aeon Taman U, ibu ternampak, apa lagi, ibu sambar lah. Ayah pun suka. Sangat selesa pada ibu dan ayah sebab kain dia sejuk, tapi kamu kurang selesa. Mungkin tak pernah pakai baju panjang macam ni. Tu yang membuatkan kamu gelisah memanjang.

Malas pulak ibu nak type entry panjang-panjang. Takut kamu bosan. Ok, till then. Bubye sayang ibu.. Luv u!

With Love;

IbuShe


0 comments
IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers