This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

P A P A

She, papa kamu dah takde. Papa kamu meninggal semalam 29 Disember 2013 (Ahad) lebih kurang pukul 5++ pagi. Mak Nana, adik umi datang rumah atuk pukul 7 lebih. Ibu tahu kamu tak tahu apa2. Pukul 10 lebih, ibu, atuk, nenek dan kamu ke Sg. Kuali, Serkat, kampung papa kamu. Masa sampai, dorang dah nak bawak arwah papa kamu ke kubur. Sayu. 

Kita tak ikut, terus jumpa umi kat dalam rumah. Umi menangis tak henti2. Nenek peluk umi, kuat sangat sebab umi memang rapat dengan nenek kamu. Lepas tu, kamu pula dipeluk. Umi cakap, "Isyrah, papa dah tak de tau. Papa dah tinggalkan kita. Papa dah pergi jauh". Umi nangis lagi. Kamu hanya pandang. Kamu tak tahu apa2. Tak lama lepas tu kamu pula nangis. Mungkin kamu tengok sekeliling kamu nangis, jadi kamu pun nangis.

Papa kamu. Ramai yang sayang. Papa kamu baik sangat. Rumah penuh. Sampai keluar.

Semoga arwah papa kamu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Alfatihah.

With Love; 
 IbuShe
1 comments

1st Family Vacation

Assalamualaikum sayang.

Hari ni ibu nak story sikit pasal our 1st family vacation. Since blog ni pun baru, so kebanyakan post adalah 'throwback'. Eh? Boleh eh? Hih!

21 May 2012 (Monday)
Masa ni kita di kampung ayah, Pekan, Pahang. Oh, lepas buat kenduri aqiqah kamu. Tu first time kamu balik sana lepas kamu habis hari. Memandangkan ibu still in maternity leave, so memang enjoy la kan. Eh, ibu maternity leave, so tak pergi work, tapi ibu still pergi class on the weekend tau.

Petang tu kita bertolak pulang. For your info, pun tak tahu yang kita nak ke mana. Ayah tak cakap apa. Ibu pun tak bertanya. Kita ikut highway ke KL. Oh, mungkin nak pergi Genting kot. Fikir ibu. Langsung tak terdetik nak tanya ayah. Pass the way, Eh, tak pulak. Jalan lagi sampai masuk KL. Ibu still lagi diam. Mungkin ayah nak kita rest 1 malam kat situ kot. Ye la, kamu kan baby lagi, 2++ months. Mesti kamu letih. 
 
Kita stop kat sini kejap. Kecikkan kamu waktu ni. Ibu yang besar. Hihi..
little princess


Kita check in hotel. Rest. Rest. Rest. Itu je yang ibu tahu.

22 May 2012 (Tuesday)
Pagi tu bangun, ayah suruh kemas-kemas barang yang patut. Ibu pun macam "Eh?" Bukan dah kemas ke? Fikir ibu. Baru lah ibu tanya. Ayah cakap nak pergi Langkawi. Ibu macam "Eh, best" Tapi macam pelik.

"Eh, tak bagitahu pun", tanya ibu.
"La, kan dah cakap hari tu", balas ayah.

Ibu macam blur2 sotong. Ok. Baik. After breakfast, our journey was began. Jauh perjalanan luar pemandangan. Bila da masuk Kedah tu, ayah tunjukkan ibu sawah padi. Yes. Ibu memang teringin nak tengok sawah padi. Kalau boleh ibu nak turun kat situ. Ibu nak jalan kat batas-batas tu. Macam seronok je. Macam cantik je. Hih. Tapi tak boleh nak sebab kita kat highway. Tapi takpe lah, at least dapat gak ibu tengok sawah depan mata macam cerita Nur Kasih tu. Kamu tak tahu? Ok takpe, next.

Kita singgah kat sini pula.
Lena diulit mimpi. Thanks to ex-offcemate ibu, FKA sebab hadiahkan kamu alas tu + lain2 barang.
Ayah tanya dengan orang kat sini, pukul berapa ferry ke Langkawi last. Dia cakap pukul 7. Ok, masa kat sini pun dah hampir pukul 6.

Kita ke Terminal Penumpang Kuala Kedah. Pung pang pung pang. Ayah ibu decide untuk pergi esok pagi je memandangkan hari dah nak maghrib dan barang2 yang nak kena bawa ke sana ibu tak susun lagi.

Then kita check in di Zin Hotel.

Sebenarnya kan, kamu demam masa ni. Badan kamu dah hangat. Ibu pulak dah risau. Hati berbelah bagi. Nak pergi. Tanak pergi. Berbekalkan ubat-ubatan yang ada, ibu bagi kamu. Malam tu kamu tidur lena. Ibu kemas baju dan barang2 yang dibawa je.

23 May 2012 (Wednesday)
Hari dinantikan telah pun tiba. Eceh.

Mak gemok dan anaknya. =P
Tak nampak pe2 pun, saje nak kaler2 bagi mengelakkan sebarang spekulasi. Haish!
Ibu first time naik ferry. Sama kamu. Ayah dah pernah tapi ayah yang mabuk lebih. Ibu steady. Proud. Sebab ibu pernah naik bot and ibu mabuk. Maybe kita duduk dalam kot dan tak kena angin sepoi2 bahasa kat luar tu. Em., tapi, kenapa ayah mabuk ar? Hahaha... Lebih kurang 2 jam kita sampai.

Ini ibu kamu!
Wah. Finally kita sampai bertiga. Ibu idamkan. Lama dah.

Nampak muka lapar? Ok, stop KR.
Sambung jap g boleh? Fenat la sayang.

With Love; 
 IbuShe
0 comments

Discharged

9 Oktober 2013
Lebih kurang pukul 6.30am, nurse datang check kamu. Nasib baik ibu terjaga. Dia tanya itu, dia tanya ini. Lepas tu ibu kejut ayah pula. Ibu mandi sementara ayah jaga kamu yang masih lena diulit mimpi. Masa ibu tengah jaga kamu, nurse datang nak tukar cadar. Masa tu kamu dah bangun.

Nurse cakap doktor nak tengok kamu kejap lagi. Macam biasa, kamu still nangis kalau nampak nurse & doktor. Doktor pesan suruh bawak kamu jalan2 kat depan, nak tengok progress kamu. As usual, kakak nurse bagi kamu ice cream, baru kamu nak jalan. Nampak sikit peningkatan. Kamu da ceria sikit walaupun kamu still terhuyung hayang masa jalan.

Oh, sekali lagi darah kamu diambil. Untuk check sama ada darah merah kamu masih pekat atau tak. Kamu menangis nak. Kamu pandang ibu minta simpati. Ibu kesian sangat. Rasa macam nak gantikan tempat kamu tu. Biar ibu sakit, bukan kamu. Kamu meraung sampai hilang suara. Sebab? Nurse tak dapat darah kamu. Ibu mula sakit hati. Geram. Mungkin ibu tak berada dalam persekitaran perubatan macam ni. Sebab itu ibu rasa marah sangat sebab dua kali kamu dicucuk tapi tiada darah. Ibu mana sanggup tengok anak dia macam tu kan. Last, nurse suruh bawa kamu ke ward. Dia suruh tunggu, nak suruh doktor ambil darah kamu. Ok, kita keluar dengan mata kamu bengkak menangis.

Kamu diberi makan. Kamu selera makan. Tak lama lepas tu, nurse suruh bawa kamu ke emergency room, untuk ambil darah. Kali ni, doktor yang buat dengan lebih kurang 4 orang nurse. Ramai. Kamu dibaringkan di katil. Ibu lihat.

"Mak, mak tunggu kat luar dulu ye", arah doktor pada ibu.

Ye, ibu melangkah keluar. Sempat melihat kamu. Kamu bertambah takut. Kamu nangis semahunya. Ibu sedih nak dengar raungan tu. Sumpah. Ibu nak nangis.

Tak lama, tangisan kamu bertambah kuat. Ibu tahu, mesti kamu dicucuk. Ibu rasa nak masuk je masa tu. Ibu tak tahan dengar tangisan kamu tapi tak lihat kamu. Ibu lebih rela duduk dekat kamu nak. Tengok semua proses tu dari biarkan kamu seorang diri. Ibu tak tahan.

Doktor panggil ibu untuk ambil kamu. Kamu menangis. Ibu tenangkan. Ibu bawa kamu jalan-jalan. Kita lambai ayah kat luar. Ayah datang.

Tiba2 ibu rasa ada benda menitis kat kaki ibu. Ya Allah! Darah nak. Tangan kamu berdarah. Banyak sangat menitis. Ibu panik. Ibu nak bawa kamu ke emergency room semula tapi sampai kat cafe terjumpa nurse. Ibu minta tolong.

Nurse tu pregnant and tengah bawa patient. Padahal ada sorang lagi nurse. Boleh dia tolong jaga patient, yang pregnant tu pergi amik absorbent cotton & gauze bandage. Ok, itu urusan dia. Ibu panik sekarang bercampur geram, marah. Macam mana dorang boleh lalai. Bju, tudung & seluar ibu terpercik darah kamu. Tak lama lepas tu nurse datang. Dorang balut semula tangan kamu sambil membebel. Mungkin marahkan nurse yang sepatutnya balut tangan kamu tadi. Buat tak betul. Itu kata dia. Ibu dengar. Nurse kemudian minta ibu tekan kuat2 tangan. Ibu geram nak. Geram sangat. Kamu pulak nangis ketakutan.

Kita balik bilik dengan ayah. Ibu tukar baju, basuh apa yang patut. Baju kamu ibu tukar.

Masa kamu dilawati. Doktor beritahu result darah kamu. Semua ok dan kamu dah boleh balik hari ni. Tapi badan kamu panas sikit. So nurse bagi kamu makan ubat. Itu pun masa kamu tidur. So senang telan. Plus ibu minta ubat sebab kamu sembelit.

Dipendekkan cerita. pung..pang..pung..pang...

Lepas ayah settle kan payment, ubat tersedia, appoinment card diberi, kita pulang. Dah malam. Ibu tak ingat pukul berapa.

On the way balik, kita singgah makan kat restoran dekat2 situ. Then kita balik. Singgah jumpa atuk nenek.

pung..pang..pung..pang...kita balik rumah.

Dugaan sekali lagi. Kamu menangis2 sebab nak "yak". Kamu sembelit. Ibu urut2 perut kamu sampai kamu tertidur dan ter"yak". Masa ibu bersihkan kamu, kamu langsung tak sedar sebab kamu terlalu penat untuk 2 hari ni. Kesian kamu.

Nak.. Ibu harap sangat kamu akan sihat sempurna. Ibu doa nak. Ayah ibu tak sanggup tengok kamu macam tu lagi. Tak sanggup nak.

We love you till our last breath.



<end>


With Love; 
 IbuShe
0 comments

Warded

8 Oktober 2013
Ibu EL lagi. Lewat pula kamu bangun hari ni. Hampir 9 lebih. Seakan tahu ibu ayah nak bawa kamu ke hospital semalam. Aunty Aishah call. Dia tanya kamu. Ibu bilang kita masih di rumah sebab kamu baru bangun. Ibu akui, Aunty Aishah sangat caring, maybe sebab anak-anak dia pun kerap sakit, dia turut sama rasa apa yang ibu rasa.

Ibu siapkan kamu. Kita terus ke hospital tu. Lepas register, sekali lagi kamu ditimbang. Nangis. Ibu pujuk. Ayah ke cafe belikan roti dan cake. Sebab kamu belum makan apa-apa pagi ni. Kamu suka makan. Sebab? Chocolate. Kamu memang gemar makanan or minuman berasaskan chocolate, persis ibu. Kita sama. <3 Sambil makan tu, kamu nak juga bermain walaupun ibu ayah nampak yang kamu ni tak larat sebenarnya. Kamu tak aktif macam selalu. Kamu tak semangat. Tapi kamu gigih berjalan, cuba untuk berlari walaupun akhirnya kamu akan jatuh. Nampak sangat nak. Ayah setia di belakang kamu, standby kalau2 kamu jatuh.

Tak lama tu, nurse panggil nama kamu, suruh tunggu depan bilik doktor sebab tak lama lagi turn kamu. Kita beredar. Ibu dukung kamu. Ayah bawa barang. Kita duduk di hadapan bilik Dr. Razlina (Pediatrics), Pintu bilik doktor dibuka.

"Nur Insyirah, eh. Nur Isyrah".

Ibu senyum. Kerap kali orang silap memanggil nama kamu. Nama kamu unik barangkali. Heh.

Kamu da mula menangis. Doktor dan nurse sambut kita dengan senyuman. Baik mereka. Itu kelebihan swasta. Mereka menghormati pelanggan. Ya, mungkin sebab kita bayar mereka. Tapi bukan itu yang ibu fikir. Ibu memang inginkan layanan sebaik itu untuk membuatkan ibu tenang. Di saat kamu lemah, ibu inginkan sokongan orang lain. Sekurang-kurangnya ibu tenang. Walau sedikit.

"Nur Irsyah"

Kali ni doktor pula panggil nama kamu. Doktor pun tersasul. Ibu betulkan doktor tu.

"Eh, susah la nak sebut nama awak Isyrah".

Kami tersenyum. Tapi kamu macam biasa, tetap menangis.

Untuk kesekian kalinya, keadaan kamu ibu ceritakan pada Dr. Razlina. Dia check kamu semua bahagian. Susah sikit sebab kamu menangis. Bila kamu diminta berjalan pun kamu tetap kuat peluk ayah. Kamu takut. Ibu ayah minta doktor untuk scan kamu. Tapi doktor tak bagi. Dia nak observe kamu dulu.

So, doktor suggest untuk warded kamu. Untuk pertama kalinya nak. Doktor nak check darah kamu. Nak kenalpasti kenapa kamu jadi macam tu. Ibu hanya mengangguk walaupun kamu baru lepas kena ambil darah semalam.

Setelah urusan pendaftaran dibuat, kita dihantar ke ward No.79, level 1. Ayah nak 1 bilik seorang. Tapi dah penuh. Kamu dapat 2 katil 1 bilik. Nasib baik katil kamu sebelah tingkap, ibu rasa selesa sikit. Sebelah katil kamu chinese boy. Umur lebih kurang kamu, demam panas. Ibu sempat tengok2 kan dia masa ibu dia balik ambil barang. Kesian sangat. Badan dia panas. Tapi sekejap je dia jadi jiran kamu, sebab petang tu dia minta tukar 1 bilik seorang. Dia memang dah request dengan nurse, kalau ada 1 bili seorang, meamnd dia nak. Dia risau malam2 kita tak boleh tidur sebab anak dia nangis kuat. Eh, nak tahu tak, dia nangis sebiji macam Abang Uda tau. Hih. Chubby pun macam Abang Uda. Cute.

Ayah setia melayan kamu

Tak lama lepas tu, nurse panggil kamu dan ibu. Kamu dibalut dengan selimut. Mudah untuk mereka ambil darah kamu. Suara kamu. Macam biasa. Memecah keheningan hospital. Darah kamu diambil. Sampai dua tubes. Ibu tanya kenapa banyak sangat. Nurse tu cakap satu untuk check kalau2 ada jangkitan kuman. Satu tube lagi untuk check calcium memandangkan bila kamu berjalan, kamu cepat letih. Ok, done. Tangan kamu dibalut. Standby untuk masuk air pula.

Ibu pujuk kamu. Diam. Ayah tunggu di luar. Kita balik ke bilik. Ibu susukan kamu. Pujuk kamu. Buat kamu tak perasan tangan yang berbalut tu. Ayah turun belikan kita makan sebab ayah ibu belum makan apa2 hari ni. Kita makan sama-sama. Tak lama lepas, masa makan untuk patients. Food plating. Nice. Ibu rasa. Ok, biasalah, makanan kesihatankan. Heheh. Kamu makan sikit je sebab kamu da makan dengan ayah dan ibu kan.

Like a boss. Nampak belah kiri tu, ha, tu ayah punya + ibu punya gak..=P

Doktor ada melawat kamu. Kamu macam biasa. Takut. Dia suruh bawa kamu jalan2 kat luar, so that doktor boleh observe kamu dari jauh. Tengok cara kamu jalan. Tapi kamu tak nak. Nurse tu pun umpan kamu dengan ice cream, then kamu jalan. Heh. Kamu kan memang pantang dengan ice cream, lagi la chocolate. Ibu tak leh minta langsung. Hih. Ibu ayah bawa kamu jalan, main2 dengan kamu, sempat gak sembang dengan parents yang lain. Dah macam family da, walau pun baru jumpa, masing2 baik sangat. Buat kita selesa. Bila kamu letih, ibu bawa masuk bilik.

Ok, ibu susukan kamu sampai tertidur. Ayah pun dah keletihan. Nasib baik ada seat panjang. Bolehlah ayah baring kat situ. Eh, lupa. Ibu sms pada Cik Nina dan MamaYa. Kamu warded. Petang tu, sedang kamu  dan ayah tidur, Cik Nina, nenek, atuk dan papa kamu datang. Eh, ibu belum pernah cerita pasal papa kamu kan. Dipendekkan cerita, papa tu suami umi, pengasuh kamu. Dia bahasakan diri dia papa pada kamu. Masa kedatangan dorang, kamu dan ayah lena lagi. Dorang semua kesian dengan kamu. Papa kamu cakap, dia memang perasan yang kamu tak ceria dah seminggu. Nangis je. Nampak lembik. Semua orang belek kamu. Tengok tangan kamu yang berbalut tu.

Cik Nina macam biasa lah, mesti kacau kamu tidur. Kamu terjaga, mata kamu dibuka. Mata kamu lihat keliling. Sorang-sorang kamu tengok. Air mata kamu menitis. Tak keluar suara langsung. Mungkin kamu sedih sebab ramai orang datang jenguk kamu. Ibu tahan air mata nak. Bila kamu pandang ibu, terus kamu nangis. Ibu cepat2 dapatkan kamu. Ibu susukan. Ibu tenangkan. Kamu nampak takut.

Kamu peluk ibu kuat, langsung tak nak pandang dorang. Lama. Atuk dan papa kamu keluar. Cik Nina try dukung kamu. Dia pujuk. Lama. Baru kamu nak ikut. Ibu terus kejut ayah. Kesian ayah, penat. Ayah pun terus keluar. Mungkin ke tempat atuk.

With Cik Nina

Cik Nina bawa kamu ke bilik sebelah. Ada mainan kat situ. Kamu seronok main dengan nenek dan Cik Nina. Nurse datang untuk masukkan air. Kamu leka bermain sampai tak perasan langsung alat tu dipasang ke tangan kamu. Kamu seronok.

Lepas maghrib, dorang balik. Tak lama lepas tu, ayah pun balik ambil barang kamu dan ibu sikit. Ibu teman kamu main, tengok tv.

Before tidur.....zZz.ZZZ.zz
Finally, kita tidur, penat. Ayah sampai dalam 11 lebih malam. Kamu seakan tahu ada makanan dan kamu bangun. Kita makan sama-sama.

Kamu tahu tak, masa kat sana, ibu tetap tak leh buang tabiat ibu. Tidur dulu sebelum kamu. Hahaha. Nasib baik ayah ada, so, ayah lah tengok2 kan kamu. Macam2 dia letak kat tepi katil tu, jangan kamu jatuh. Ye la, katil single, tapi ibu tidur sekali. Mana lah tahu kan. Ayah pula tidur kat seat panjang la. Haha. Sepanjang hari tu kamu diobserve ole nurse2 yang bertugas. Mungkin masa kita tidur, dorang datang dan ibu tak perasan. Haih, anak yang sakit, ibu yang lena lebih.

<to be continued>


With Love;
IbuShe


0 comments
IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers