This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

TASKA

Assalamualaikum anak ibu sayang.

Semalam (11 Januari 2015) adalah hari pertama kamu ke Taska Raudhatul Iman di Taman Teratai. Ibu saja hantar semalam sebab semalam merupakan hari pertama persekolahan untuk Negeri Johor, so nak ada feeling2 hantar anak ke sekolah. Sebelum ni pun kamu memang nak sangat ke sekolah. 

Oh, lupa ibu nak beritahu yang kamu dah lama tak ke rumah Ummi. Entahlah, mungkin kamu dah boring sebab tak ada kawan. So, sepanjang ibu ayah kerja, kamu duduk dengan nenek dan atuk. Kamu ikut ke Maslee. Eh, tau tak, nenek cakap kamu merengek2 nak ke Econsave sebab dulu nenek atuk selalu ke sana. Bila dah tak ke sana, kamu akan sentiasa ulang pada atuk nenek yang kamu nak gi Econsave. Bukan apa, kamu sekarang dah pandai nak main mainan yang kena masukkan duit then bergerak lah benda tu. Ala, tak sampai seminit pun. RM1 pula tu. Kamu ni pula tak cukup satu, kalau ada sepuluh benda alah tu, sepuluh la kamu nak main. Otromen lain, Crocodile lain, Kebang2. Oh, kebang2 tu kamu panggil kapal terbang. Hihi. Ikut Aman la tu.

Ok berbalik kepada cerita taska kamu, sebenarnya nenek tak kisah untuk jaga kamu memandangkan Aman dan kakak dah sekolah. So, dalam tengahari nanti dorang balik, terus g rumah atuk nenek. Tapi tu la, ibu kesian juga kat nenek, penat nak jaga cucu. Nenek tu bukan sihat sangat pun. Sebab tu dari hujung tahun 2014, ibu dah survey banyak tempat. Ibu tanya kawan2 ibu, pensyarah2 kat office ibu. Banyak taska yang dorang suggest. Akhirnya ibu pilih Raudhatul Iman. Dekat dengan tempat kerja ibukan.

Ok, semalamnya, kamu, ibu, ayah, nenek, Aman dengan kakak pergi ke Tesco. Nak beli baju kamu. Baju sekolah katanya. Sebelum tu kita pusing2 kat Taman U, tapi tak ada kedai yang sesuai. So masa nak cari ke Mutiara Rini, ibu terpandangkan Tesco, terus minta ayah ke sana. So dapatlah beberapa helai.

Malam tu, kita keluar lagi. Kali ni, kamu, ibu dan ayah je yang pergi. Tu pun sebab nak belikan beg kamu. Kita singgah di Pasaraya Ku. So, dapat beli beg dan beli lagi beberapa helai baju kamu.

Malam tu, ibu kemas2 barang kamu. Excited ibu. Berdebar pun ye juga. Kamu macam biasa, taknak tidur awal. Puas ibu pujuk. Kamu slumber je angkat bakul berisi barang mainan kamu. Main dengan Aman.

Lepas kamu tidur, ibu pun tidur sekali. Dalam pukul 2 ayah kejut ibu. Sebab ibu kena print gambar kamu. Nak hantar ke Taska. Berdebar rasa nak. Hihi. =P

Pagi tu, ibu bangun awal. Da siap mandi, ibu siapkan air panas untuk kamu mandi pula. Ibu kejut kamu, panggil manja2. Tapi still tak nak bangun. Di luar bilik, kedengaran suara kakak dan Aiman. Dorang dah siap nak pergi tadika. Kamu juga tak bangun2. Oh, ye. Ibu cuti hari ni tau. Semata2 untuk hantar anak ibu tersayang ni.

So, ibu biarkan. Message pengasuh kamu untuk hantar lambat. Kamu tidur. Dalam pukul sebelas lebih baru kamu bangun sambil tersengih2. Kamu makan biskut dan air nestum + oat. Sedap pula kamu minum, siap request lagi.

Dalam pukul 1, kita gerak ke taska. Sebelum tu singgah di Anjung Desa untuk makan. Ibu berdebar2, langsung mati selera makan tu. Bagi kamu makan,  ibu cuit sikit2. Langsung tak rasa lapar. Nervous sayang.

Siap makan, kita pun ke taska. Masa tu, kawan2 kamu semua tengah tidur. So, ayah bawa kamu ke bilik tempat kamu dan kawan2 akan buat aktiviti. Ibu pula settlekan pendaftaran kamu. So, ibu keluar dulu. Masa kamu leka bermain, ayah pun turut keluar. Barang2 kamu ibu serahkan ke pengasuh. Terus ibu ayah balik rumah.

Di rumah ibu asyik pandang jam je. Sambil2 lipat baju, mata tu jeling2 jam. Bila dah pukul 430pm, ibu siap2 pakai tudung. Kejut ayah. 

Masa sampai di Taska, kamu sorang je tengah tidur. Kesian ibu tengok. Pengasuh kamu angkat dan bagi pada ibu. Ayah ambil beg kamu. Kita balik. Kamu terjaga tapi ibu suruh sambung tidur. Sampai rumah atuk, ibu bawa masuk bilik. Tapi ayah tak bagi kamu tidur. Dengan harapan, malam nanti kamu boleh tidur awal. Atuk nenek bertubi2 tanya macam2 soalan pada kamu. Ibu ayah pun tak terkecuali. Excited kan.

Pagi ni, hari kedua kamu. Kamu tidur dalam perjalanan. Sampai di taska, kamu terjaga. Kamu pandang sekeliling. Terus menangis.

"Isya tak nak sekolah. Isya tak nak sekolah", rayu kamu. 

Ibu terus serahkan kamu ke Cik Minah, pengasuh kamu.

"Isya baik kan", pujuk ibu.
"Isya baik kan", ulang Cik Minah pula.

Kamu terus dibawa masuk. Beg dan botol susu ibu tinggalkan di tepi pintu.

"Jaga diri baik2 ye nak". 

Tu je dapat ibu cakap dalam hati. Sumpah, ibu tak sanggup tengok kamu menangis sayang. Kalau boleh, ibu nak bawa kamu balik. Kalau boleh, hari tu juga ibu resign, nak jaga kamu depan mata ibu. Ibu nak buat semua tu nak. Tapi ibu kena kuat. Moga kamu kuat ye sayang. Mungkin lama2 kamu akan terbiasa. Tempat baru kan.

Ibu sayang kamu! Sumpah!


With Love; 
 IbuShe
0 comments
IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers