This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

Your 'Things' by Ayah

Assalamualaikum anak ibu.

Hari ni ibu cerita pula pasal barang-barang kamu. Yang ni semua dibelikan oleh ayah kamu.


baby bed
Ni paling ayah suka tau. Ayah beli masa kamu dalam hari lagi. Ibu minta ayah belikan baby bouncer macam gambar bawah ni,


credit to google image
tapi tiba2 ayah terkenan dengan yang ini. Comel. Ada kelambu, dalam tu ada katil kecil tergantung, boleh goyang-goyangkan kamu then tidur.

Status: Konon, bila kamu besar, katil kecil tu bawa keluar then letak tilam dalam katil besar. Tapi tak kesampaian. Selain dari kamu masih menyusu dengan ibu, katil kamu tu terlalu besar untuk dimasukkan dalam bilik tidur ayah ibu yang kecil. Sebelum ni katil ni digunakan di rumah nenek. So, agak luas. Sekarang katil ni duduk di bahagian dapur dipenuhi oleh baju dan barang-barang yang ibu sendiri tak tahu barang siapa. Heh!

stroller
Yang ni pun beli dekat Pekan, Pahang. Kedai tepi jalan. Ayah beli stroller ni sebab nak bawak kita pergi Langkawi. Weee... best tau. Ayah buat surprise. Masa tu, kamu baru lepas hari. Dalam 2+ bulan kalau ibu tak silap nak.

Status: Ada kat rumah atuk tu ha. Da berabuk. Plastik pun tak abis buka lagi sebab ayah suka pakai stroller anak MamaYa. Ringan dan senang dibawa.


baby car seat
Yang ni ayah beli sorang-sorang. Semangat ayah nak tengok kamu duduk sendiri dalam kereta. And you know what, boleh dikira dengan jari berapa kali je kamu duduk kat situ. Sebab, ibu tak tahan tak peluk kamu. Walaupun kita jalan jauh, ibu setia memangku kamu nak. Hih.

Status: Simpan dalam plastik, elok dalam rumah.


walker
Ayah belikan walker ni dekat Pekan, Pahang masa kita balik kampung ayah. Kedai tepi jalan je. Memang nipis, sesuailah dengan kamu yang kecil molek kan. Color haruslah biru sesuai dengan jiwa ibu. Eh, tetiba plak. Hih!

Status: tayar pecah sebab abang2 dan kakak sepupu kamu tumpang sekaki. Bukan seorang, tapi ramai duduk naik atas tu. Ibu tak mampu berkata apa. Mampu senyum je. 


baby bouncy castle
Ha, yang ni ayah beli sempena ulang tahun kelahiran kamu yang pertama. Eh, walaupun ayah beli, ni idea ibu tau, sumber inspirasi daripada Juna, anak sayang FynnJamal. Nanti kamu google je la aunty ni. Ibu suka, walaupun tak sama and kecil sedikit, tapi ok la ni kan. Motif ayah. Untuk muat kamu seorang, tanpa gangguan sesiapa. Eh, tapi ibu dapat masuk bermain bersama kamu tau. Walaupun, no space bila ibu masuk, ibu bangga dapat tumpang sekaki. Ye lah, dulu kecik2 mana ada atuk nenek nak beli benda alah ni kan. Kamu beruntung sayang.

Status: Benda ni besar sampai muat hall rumah nenek. Sedikit mengganggu dan menjadi tumpuan sepupu kamu yang lain. Jadi ayah buang anginnya and simpan di bilik Cik Nina.

ABC foam mats
Yang ni pun dibelikan sekali dengan bouncy castle. Ibu memang niat nak beli benda ni, maklumlah excited ada anak. Heh!

Status: Ayah ajar kamu keluarkan huruf dari mat tu. So kamu pandai dan bawak ke sana ke mari. Entah merata. Puas ibu kutip. Ada 2-3 huruf tak jumpa. Last, ayah suruh simpan juga sebab menjadi rebutan kamu dan sepupu yang akhirnya mesti kamu menangis sebab kamu paling kecil.

musical keyboard

Ni ayah beli kat pasar malam Taman Teratai. Ada bunyi binatang-binatang, ada lagu-lagu. Ibu pun suka main. Haha.

Status: Ada simpan dalam bakul mainan kamu kat rumah kita. Kadang-kadang je kamu main sebab kamu pening terlalu banyak mainan yang ada.

toy car
Ni paling latest. Ayah beli masa on the way balik dari Pekan. Doraemonnnnnnn. An..An..An...

Status: Still digunakan. Tapi sekali sekala. Teletak di rumah atuk. Seperti biasa, menjadi rebutan sepupu bersama.

Kamu perasan tak, hampir semua barang kamu blue color. Sebab apa? Ha, sebab ini my favourite color. Kalau kamu nak tahu, apa sahaja barang yang ayah nak beli, mesti color biru sebab itu color ibu. So, ibu nak anak ibu pun minat color ni macam ibu! Hih!

Sebenarnya banyak sangat dah mainan yang ayah kamu belikan. Sebab ayah memang suka belikan kamu ole-ole bila pulang dari Pekan. Ayah cakap, atuk kamu memang dah biasa buat begitu masa dia keluar bekerja. Ayah dan adik-adik dia akan tunggu kat depan pintu. Tengok apa atuk kamu belikan. Jadi, dia nak ikut apa yang ditunjukkan oleh atuk kamu masa kecil. Emm! Ibu tak kisah asal tak bersepah la kan. Haha.

Ok, la..ini dari ayah kamu. Ibu? Ada beli tapi ibu beli lebih kepada pakaian, barang tidur kamu, mainan yang kecik2, aksesori dan... alah.. yang kecik2 la. Ayah je belikan besar2 untuk kamu. Heh.


With Love;
IbuShe

0 comments:

Post a Comment

IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers