This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Sekarangkan tengah musim cuti sekolah. So minggu lepas ibu ada dapat surat dari taska pasal ni:

TASKA RAUDATUL IMAN
PROGRAM CUTI SEKOLAH

1) Zoo Johor dan Hutan Bandar
Tarikh : 17 Mac 2015
Umur : 3-5 tahun sahaja
RM50


Lama juga ibu fikir. Nak bagi kamu join ke tak nak. Ye la, kamu tak pernah kot jalan2 sendiri tanpa ibu ayah or nenek atuk or Mamaya Cik Kamal or Nina Cik Arif or Ummi Anum kamu. No. Never. Tak pernah. So ibu ambil masa juga nak isi borang kebenaran tu.

Kena submit before atau pada 11 Mac hari tu. And you know what, ibu tak cakap apa2 pun pada ayah pasal program ni. Ibu letak je surat atas makeup desk dengan harapan ayah nampak. Tapi ayah  tak ambil apa2 tindakan. Samada ayah tak perasan atau ayah tak mekap. Eh? Hihi. So 11 Mac tu, ibu ambil balik surat bawa g office. Kat office baru ibu message ayah sama ada ayah bagi ke tak kamu join.

"Boleh"

Pendek, ringkas dan padat jawapan ayah.

So, ibu sign. Petang masa ambil kamu ibu serahkan borang tu dan duit pada Cik Ayu.

So, malam sebelum kamu pergi, ibu sibuklah siap2kan baju kamu. Air masak. Pampers. Towel kecik. Ibu letak dalam beg. Sesaitednya ibu. Macam kan kamu nak pergi summer camp pula kan. Padahal balik hari.

Pagi tadi, kamu nangis. Biasalah. Memang biasa tu kalau kamu nangis pagi2. Ibu pujuk. Lama juga. Jadi cabaran juga lah nak mandikan kamu sebab sebelum ni pun kamu tak pernah mandi kalau nak pergi taska. Hihi. Eh, bukan sebab kamu malas mandi ke ibu malas mandikan. Tu sebab kamu sedang tidur masa ibu bawa g taska. Tu pasallah. =P

Pujuk punya pujuk, kamu termakan hasutan. Eh, pujukan. Ibu mandikan kamu, siapkan kamu sambil bual2 dengan kamu. Nak gembirakan kamu. Supaya kamu excited nak pergi zoo.

Pung pang pung pang. SIAP!

Ibu hantar kamu ke taska. Ayah? Ayah tak sebab ayah nak pergi ke Jerantut hari tu. Ada kerja. Sampai di taska, kawan2 kamu semua da tunggu. Ramai juga. Dorang pun excited. Ibu letak beg kamu. Salam. Mama Ina sempat minta ibu doakan kamu selamat pergi selamat balik. Untuk kawan2 kamu juga. Semoga selamat semuanya. Amin.

Ni tadi, kat FB taska, ada pic kamu dan rakan2 kat zoo lantas ibu pun Save Image As.... Hihi.







Tak sabar nak ambil kamu balik nanti. Apalah cerita kamu harini kan. Harap kamu enjoy!

Photo credit to Taska Raudatul Iman


With Love; 
 IbuShe

0 comments:

Post a Comment

IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers