This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

F R O G

FROG atau dalam bahasa ibunda ibu adalah KATAK.

Eh, apsal tetiba ibu cerita pasal ni ha? Ibu terbuka instagram Kak Red. Ada satu pic tu, gambar katak, terus tetiba ibu dapat idea nak cerita pasal ni.

Ok, to be honest, sehonest honestnya. Ibu memang geli katak. Diulangi. GELI. Bukan takut. Kenapa ibu cakap macam ni? Sebab ayah pernah marah ibu sebab ibu terjerit bila nampak katak. Ayah marah sebab ibu takut katak. Eh, ibu memang tak takut katak. Sekali pun tidak tau. Ibu geli je. G E L I. Geli. Paham tak?

Sebenarnya banyak kenangan pahit ibu ni dengan katak. Banyak sangat. Ntah kenapa ntah katak ni selalu membelenggu hidup ibu. Ibu pun tak tahu. Eh, walaupun dalam cerita dongeng ada pasal putera katak, ishh, tak hingin ibu cium kalau betul pun. Puihhh.. Sekali lagi. GELI

Dulu masa kecik, jiran sebelah rumah atuk, Nenek Timah jual air batu aka aiskrim Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari, pagi petang siang malam, mesti ibu jerit kat tingkap Nenek Timah.

Ada satu malam tu, ibu kepingin air batu milo. So, terus bawak duit seposen g rumah Nenek Timah. Oleh kerana rumah memang dekat2, ibu dengan slumber badak je terus pergi tanpa memakai selipar. Eh, entah lah, memang tabiat ibu suka nau tak pakai selipar. Apsal ntah.

Sesampai di tingkap Nenek Timah, ibu terus menjerit.

"Cik Timahhhh... Ooo.. Cik Timahhh... Semekom..."

Gitu, panggil nama baru bagi salam. Bagi salam plak, tak betul. Bagi la Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh. Ish, jangan tiru tau, tak baik.

Setelah order di amik, ibu dok tunggu la sampai berpaut di tingkap rumah Nenek Timah. Tiba2 kaki ibu macam terpijak sesuatu. Pergh, moist. Kaki tetap teguh di atas sesuatu itu, Ibu tak pijak habis pun, so ala2 meletakkan kaki di atas angin gittew. Setelah bertukar seposen dengan sebatang air batu, ibu pun melihat ke bawah. Tanpa segan silu ibu menjerit dan terus lari laju ke rumah atuk.

Ala, takyah ceritalah kan apa yang ibu pijak. Dah tajuk pun pasal katak, takkan tetiba kasut emas pulak.

YES, Memang sang kataklah yang berada di bawah kaki ibu. GELI okeh! Geli! Ibu taip post ni pun rasa nak menjerit sebab GELI.

Sejak tu, memang taklah ibu kuar tanpa berselipar. Seriau mak. Tapi gi rumah Nenek Timah tetap menjadi rutin harian.

Ok, itu katak kat rumah Cik Timah. Ni kat rumah MakMei kamu kat Pahang.

Masa tu ibu mandi. So, biasalah ibu mandi mesti akan bukak tempat laluan air. Motif? Biar rambut boleh lalu dengan mudah. Rambut ibu kan mudah gugur. Maklumlah, dah tua. Eh, bukan, dah dewasa.

Ok, lepas mandi, ibu lupa nak tutup balik. Lepas tu, ibu menjalani hidup seperti wanita biasa. Ceh.

Keesokannya, selepas solat Subuh, ibu nak mandi. Heh. Ni sebab ibu telambat bangun, so solat dulu. Kang subuh gajah plak. Tiba2 mata ibu terpandang sesuatu. Sekali lagi, takyah suspens sangatlah. Tajuk pun KATAK kan.

Pergh, kali ni ibu tak jerit. Kebetulan dalam toilet tu ada mop. So, ibu ready je pegang mop sebelah kanan, sebelah kiri pegang getah paip. Ibu takde masa nak pikir lama2, pintu pun ibu tak buka memandangkan toilet tu dalam bilik tempat kita tidur. Malas nak kejut ayah ke apa. Lagi satu bagi mengelakkan katak tu keluar, terus menginap dalam bilik tidur kita. Oh, itu lagi tragik dan tragis ye nak. Uihh, tak terbayang macam mana tengah tidur tiba2 putera katak tidur sebantal dengan ibu. Ohhh noooooooooooooooooooooo...

Ok2, back to story. Masa tu nafas ibu dah turun naik, nervous macam nak pergi berperang. Geli geleman tu takyah ceritalahkan.

Ibu pancut air kat katak, eh dia melawan. Ibu tolak pakai mop. Eh, melawan lagi. Hoii, boleh tak kau keluar sekarang katak. BOLEH TAKKKKK!!!!

Rasa nak jerit macam tu, tapi control ok.Ish, Rumah mertua kot, mestilah behave sikit.

Ibu berperang dengan katak tu adalah dekat 10 min. Setelah segala tenaga dan usaha dicurahkan, akhirnya ibu berjaya dalam pertarungan sengit itu. Ibu BERJAYA! Ibu berjaya menghalau si katak. Laju2 ibu tutup balik cover laluan air itu. Tak cukup dengan itu, ibu letak gayung atas tu berisi air. Punya imaginasi ibu jauh dan tak terjangkau dek akal. Manalah tahu, takut2 katak tu nak balas dendam, dia tanduk ke atas cover laluan air. Pergh, terpengaruh cerita kartun la ni kan.

Ibu punya penat, Ya Allah. Hanya Dia je yang tahu betapa penatnya ibu. Tenaga ibu habis.

Oleh kerana kepenatan yang terlampau, ibu mandi pun sekejap je. Penat satu hal, takut2 kalau si katak tu berjaya meloloskan diri masuk semula pun satu hal. Haishh.. Tapi ibu tetap wangi. Yang ni kamu selalu cakap sebab nak ambil hati ibu. Good. Bijak!

Pengalaman ni lah yang ibu paling ingat sebab berlaku dalam tahun 2015 ni juga. Sebab tu ibu ingat. Kenangan dengan katak2 yang lain pun ada, tapi ibu kurang ingat. So jalan cerita tak complete. Hihi.

Erk, tak terbayang kalau katak tu ketawa dan tersenyum begini pada ibu. Ibu tetap tak sudiiiiiiii..
Walaupun nampak manis, ibu masih tak sudi.
Mungkin akan sampai masanya yang ibu perlu buang atau paling kurang pun kurangkan perasaan geli pada katak. Ye la, katak pun makhluk Tuhan. Bukan dia minta dilahirkan katak pun. Tapi tu lah, ibu tak benci, cuma geli. Doakan ibu agar sayang dengan katak ye.

credit photo to google

With Love; 
 IbuShe

0 comments:

Post a Comment

IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers