This blog was dedicated to my awesome 'She'. Believe that you're braver, you're stronger, you're smarter than you think! We love you so much! (AyahIbu,2013)
RSS
Powered by Blogger.
SheKiraKira
Web Counter

Demam Lagi

4 Oktober 2013
Kita sekeluarga ke Pekan, Pahang. Ada atuk, nenek, MamaYa, Cik Kamal, Kakak Iman, Abang Aman dan Cik Mamat. Cik Mamat nak tunang. Masa tu kamu masih lemah sebab demam. Majlis tunang pada 5 Oktober 2013. Pulang dari rumah Cik Yaya (tunang Cik Mamat), kita plan ke Teluk Cempedak (TC). Tapi last ayah tukar location, bawa ke Air Terjun Panching. Mula tu ibu tak setuju sebab kawan ibu meninggal kat situ masa ibu belajar sebab air dalam. So, ibu fobia sikit. Tapi ayah yakinkan yang air terjun tu da ditambak dengan pasir. So da cetek sikit. Ibu setuju. Dalam perjalanan, ikut jalan kuari, masuk hutan. Ibu dah rasa tak sedap hati, tapi ibu diam je. Ibu bawa kamu main-main air. Ye, kamu memang pantang nampak air. "Nak andi", kata kamu.

Balik dari Panching, ayah terus ke TC. Dalam perjalanan, kamu susu dengan ibu. Bila di traffic light, ibu angkat kamu untuk tengok kereta MamaYa kat belakang kereta ayah. Ibu suruh kamu lambai tapi kamu diam. Ibu perasan kepala kamu senget. Masa tu ibu fikir mungkin kamu mengantuk dan tak larat nak angkat kepala. Ibu diam. Ibu baringkan kamu atas riba ibu. Sampai di TC, kamu masih baring, ayah dukung kamu. Ibu perasan kepala kamu terus senget. Ayah cuba tegakkan dan kamu menangis. Ya Allah, masa tu ibu rasa sedih sangat. Patutlah ibu rasa tak sedap hati.

Ayah belikan kamu bubur McD. Kamu makan sikit je. Langsung tak nak ketawa. Senyap, nangis. Senyap lagi pastu nangis lagi. Nenek bagi ibu minyak untuk sapu kat leher kamu. Ibu selawat dan sapu minyak tu. Nenek suruh hantar kamu ke klinik. Risau kamu kenapa napa.

Sebelum maghrib, kita semua berangkat pulang ke rumah nenek di Pekan. Masa tu kamu tidur. Ibu serah pada ayah sementara ibu mandi. Lepas mandi kamu terus nangis nak kat ibu. Ibu terus baringkan kamu dan susukan kamu. Sambil tu ibu sapu minyak dan selawat. Masa kamu tidur, ibu bisik pada kamu supaya kamu sembuh. Ibu dah tahan, tapi air mata ibu keluar juga. Mujurlah kita dalam gelap. Ibu tak tahan tengok kamu macam tu. Sungguh nak.

Kasihan pada nenek, makcik dan sepupu kamu tak dapat bermain dengan kamu. Dah lah kita pulang sekali sekala, bila pulang, kamu pula sakit. Mereka risau. Ibu berganda2 risau.

6 Oktober 2013
Tengahari ibu ajak ayah pergi klinik. Pusing2, klinik semua tutup. So, ayah decide untuk bawa kamu ke klinik bila kita balik Johor. Sampai Johor, kita hantar Tok Man kat Perling, rest dulu. Dinner situ. Lepas tu kita terus ke Poliklinik Alam Syifa kat Kangkar Pulai. Ibu dan ayah cerita keadaan kamu. Doktor susah nak check betul2 memandangkan kamu menangis terus. Doktor suspek kamu terkena jangkitan kuman saraf otak sebab kamu jalan jatuh tak seperti biasa. Masa tu, Ya Allah. Tuhan je tahu perasaan ibu. Doktor tanya sama ada kamu ada insurans atau tak. Ibu geleng. So doktor suggest untuk refer kamu ke hospital kerajaan. Ibu ayah setuju. Masa tunggu doktor siapkan surat, ayah bawa kamu keluar. Ibu tunggu. Ibu diam. Mata berkaca. Ibu sedih nak. Ibu takut.

Masuk je kereta, ibu tak dapat tahan. Air mata ibu keluar laju. Ayah tenangkan ibu. Ayah cakap, kita belum tahu lagi keputusannya. Ibu peluk kamu erat2. Ibu cium kamu kuat2. Kamu pandang ibu, tak mampu buat apa-apa. Kamu tak faham nak. Tak. Ibu sayang sangat kamu nak.

Sampai hospital, ayah nak ambil kamu tapi ibu geleng. Ibu nak dukung kamu sampai sana. Ayah bagi surat refer kamu dan ambil nombor. Kita tunggu. Nombor kamu dipanggil, check temperature, check itu check ini. Nurse tu tanya tapi ibu nangis tak boleh cakap apa2. Bila ibu cerita kamu begitu kamu begini. Nurse tu tinggikan suara. "Saya tanya, dia ada sakit apa2 tak sebelum ni". Ibu geleng. Ibu sakit hati. Mungkin ibu salah dengar. Tu yang ibu jawab lain. Ya. Memang betul orang cakap, hospital kerajaan memang jarang dapat jumpa nurse yang baik hati. Memang ada, tapi JARANG. Patutnya, bila ada pesakit atau family pesakit, cakap lah elok2, biar orang tu tenang. Ni. Tak. Ibu dahlah sedih ditambah sakit hati dengan dia. Ibu nak je balas suruh dia cakap elok2. Tapi sebab ibu sedih sangat dengan keadaan kamu, ibu diam.

"Ok, tunggu luar. Nanti tunggu nombor keluar, jumpa doktor", arah nurse tu. Langsung tak pandang muka ibu. Ok, ibu faham. Mungkin ramai patients, tapi tak boleh ke senyum? Tak banyak. Sikit je. Susah ke?

Ibu jumpa ayah. Ibu cerita. Ibu sedih sangat. Tak lama lepas tu jumpa doktor. Ibu ayah pergi sekali. Kami cerita lagi keadaan kamu. Doktor suggest check darah kamu. Sekali lagi, kamu dibawa ke tempat mula2 masa ambil temperature kamu. Sekali lagi jumpa nurse tu. Kali ni lelaki yang ambil darah kamu. Dia baik. Macam budak baru kot. Cakap pun sopan. Dia pujuk2 kamu suruh tenang. Tak lama lepas tu, nurse tadi tu tegur ayah suruh duduk di luar. Ayah tunggu di luar. Lepas da ambil darah, ibu ke tempat ayah. Duduk cerita2. Kejap lagi ada sorang polis bantuan kat situ tegur ayah. "Yang sakit anak kan? Ayah tunggu luar". Sekali lagi ayah diarah keluar.

Mungkin itu prosedur. Yelah, AGAIN, patients ramai. Tapi, pada saat kita tengah sedih, kita perlu someone untuk tenangkan kita. Itu pendapat ibu. Tapi, yelah. Ibu faham. Patients ramai.

Tak lama lepas tu, ibu pun keluar. Duduk dengan ayah di tempat menunggu yang boleh tahan panas walau pun pada ketika itu sudah 1.00 PAGI. AGAIN, patients ramai.

Tunggu punya tunggu, nombor kamu dipanggil. Ibu jumpa doktor yang sama. Result diberitahu.

"Kami sudah check dia punya darah. Semua nampak ok", kata doktor Cina tu.

"Emm, sekejap ar", sambung doktor tu lagi.

Ada pulak patient ke mak patient ke minta MC. Nurse nak bagi time slip tapi dia berdegil nak MC. Kakak tu dilayan. Ok sabar. Ibu ayah sabar. Masa tu kamu dah tertidur. Penat meraung hari ni. Ambil darah lagi.

"Ok, maaf ya. Apa kata anak encik masuk ward dulu. Kita masuk air", katanya lagi.

Ibu ayah saling berpandangan.

"Tapi, apa sakit dia? Kalau ok result darah dia kenapa dia lemah? Jalan, jatuh?", soal ayah.

Ibu hanya mampu memerhati. Letih.

"Tak apa. Nanti naik atas, doktor dekat ward akan periksa detail lagi.", terangnya lagi.

Sekali lagi ibu ayah berpandangan. Ayah tanya ibu setuju atau tak. Sekali lagi. Masa tu doktor minta izin untuk bertemu teman sedoktor dengannya. Mungkin mahu bertanyakan soalan atau entah, ibu tak tahu.

Ibu ragu2. Ibu suruh ayah buat keputusan. Ibu tak tahu.

Akhirnya ayah tak nak kamu warded. Ayah dikehendaki sign borang persetujuan keluarga/waris untuk tidak warded. Kamu diberi ubat demam dan antibiotik.

Kita pulang. Sepanjang perjalanan kamu tidur. Memang kamu letih hari itu. Jalan jauh dari Pahang, terus ke hospital untuk check. Kasihan kamu nak. Ayah tanya kita nak tidur mana. Ayah cadangkan rumah atuk, ibu angguk setuju. Senyap. Ibu kering air mata mengenangkan kamu.

Sampai rumah atuk, parking penuh, terus ayah pandu kereta balik rumah kita. Kamu terus terlena walaupun ibu angkat kamu.

Esoknya, ibu EL. Ibu nak jaga kamu. Ibu kesian dengan kamu. Pagi2 ayah hantar kita kat rumah atuk sebab ayah ada kerja. Masa tu Pak Uda datang. Dia cadang kamu dibawa ke Pakar Kanak-Kanak kat Kulai. Ibu message ayah. Ayah setuju. Lebih kurang pukul 4 lebih, ayah balik. Kamu masih tidur. Masa tu ayah ibu bincang untuk bawa kamu ke tempat yang Pak Uda cadangkan. Macam2 soalan ayah tanya ibu, ok tak, ada ward tak andai kamu diperlukan untuk warded.

Ibu bagi 2 option hospital swasta. Sebelum ni, ibu banyak dengar cerita dari Aunty Aishah, kawan ibu. Anak2 dia selalu refer 2 hospital tu. Finally, ayah ajak pergi hospital kat Bukit Indah. Dekat sikit dengan rumah kita.

Sampai sana, ayah ke reception counter. Masa tu dah pukul 5 lebih. Dah tutup untuk outpatient. Receptionist suruh ayah terus ke emergency. Ibu call Aunty Aishah. Dia terang itu, dia terang ini. Dia ada cadangkan untuk ke hospital satu lagi tapi memandangkan itu peak hour, orang tengah balik kerja, so jalan mesti jam. Ayah decide untuk refer ke emergency hospital kat sini je. Kita tunggu lagi untuk register. Ibu isi form. Nurse cakap kalau masuk kena masuk ward, ward penuh. Takpe, kita nak check je dulu. Tunggu sampai nurse panggil. Bila kamu nampak nurse tu, kamu terus menangis. Kan ibu da cakap, kamu takut dengan orang2 perubatan macam tu. Temperature kamu diambil. Berat kamu pun. Suara kamu lantang. Dengar satu hospital mungkin. Kita disuruh duduk.

Nama kamu dipanggil lagi. Kali ini ke bilik doktor. As usual, kamu nangis. Susah untuk doktor check. Ayah ibu beritahu keadaan kamu. Doktor tu suruh refer Pediatrics bila kami cerita keadaan kamu yang lemah. Appoinment dibuat.

<to be continued>

With Love;
IbuShe

0 comments:

Post a Comment

IBUAYAHSHE
Daisypath Anniversary tickers

MySayangShe

Lilypie Second Birthday tickers